Thank visit

Friday 12 August 2011

0 Sebab PMR Perlu Dihapuskan


Pada pandangan aku, PMR ini wajib dimansuhkan. Kenapa? Sebab tak nampak sangat percaturan pelajar itu akan berada di mana. 


Sebagai golongan pelajar besar – besar yang pernah membesar di sekolah menengah, pada aku, PMR yang mengutamakan 8 subjek utama hanya dilihat sebagai asas untuk ke tingkatan 4 ataupun lima. 8 subjek utama BM, BI, MATHS, SCIENCE, SEJARAH, AGAMA ISLAM, GEOGRAFI, KEMAHIRAN HIDUP. Selepas tingkatan 3, pilihan di tangan masing – masing. Sama ada mahu masuk sekolah teknik ataupun sekolah sains, ataupun sekolah harian biasa aliran sains, sastera, rumah tangga, apa lagi ntah. Jadi, FOKUS sebenar 3 tahun pertama persekolahan menengah itu di mana?


Kalau mahu tunggu tingkatan 4 baru nak buat keputusan kemanakah pelajar besar – besar ini mahu pergi, bukankah agak terlewat. [ini berdasarkan pengalaman pelajar ipt yang sampai grad pun masih tiada cita – cita. Oh, aku terasa.] 3 tahun menghabiskan masa mempelajari subjek asas. 3 tahun yang tiada apa – apa fokus. Kenapa? Sila berimaginasi seketika : 3 tahun menghabiskan masa menghafal beribu – ribu fakta, menjawab peperiksaan, dan tamat belajar, masuk teknik! Aku mahu tanya, berapa kerat ilmu yang habis 3 tahun di sekolah itu akan muncul semula di sekolah teknik? Semuakah? Punyalah penat belajar KAW – KAW, akhirnya ke teknik. Oh itu contoh teknik. Kalau aliran sains?


Bukankah lebih baik seandainya hapuskan PMR, berikan pelajar 1 fokus, mereka akan berada di situ, iaitu di tempat yang mereka minat. Diselitkan pula dengan program 1P1S(1murid 1sukan). Oh, dan juga pelbagai aktiviti – aktiviti sekolah yang lain. Jadi masa mereka untuk menumpukan pada fokus itu panjang. Dan mereka tidak perlu terkejar – kejar belajar itu dan ini dalam masa yang singkat, atau mungkin pelajar – pelajar besar ini tak ambil koko kerana takut tak terkejar untuk mempelajari pelbagai subjek orentasi peperiksaan itu nanti.


Lagipun, selepas ini, tidak perlulah majikan yang mahu mengambil pekerja dengan gaji rendah menawarkan description seperti ini : Berkelulusan PMR, sihat tubuh badan. Sampai bila sektor pekerjaan di Malaysia nak maju kalau macam ni. Belajar setakat PMR selepas itu boleh bekerja. Ya, kemahiran itu ada, dan boleh dipelajari. Tetapi, dalam melahirkan individu bersahsiah dan ada wawasan itu, tidak akan dapat dilihat dengan jelas. Kenapa? Kerana akal perlu berjalan seiring dengan kemahiran yang ada. Kemahiran semata – mata tidak akan membawa individu kemana – mana. Akal sahaja pun tidak akan membawa kita kemana – mana. Seimbangkan kedua – duanya.


Lahirkan pelajar kecik - kecik dan besar - besar yang ada wawasan. UPSR adalah laluan bagi mereka untuk ke peringkat yang lebih besar. PMR tak perlu kerana tak nampak pun sejauhmana peperiksaan itu boleh membawa golongan pelajar ini. 5 tahun di peringkat menengah, banyak usaha boleh dibuat hanya dengan 1 peperiksaan penting itu. SPM. Itu jawapan sebenar untuk seorang pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Di situ pilihan terbuka. Jika mereka sudah mula memilih aliran sains, pilihan dalam program sains di ipt dan matrikulasi adalah banyak. Yang mana memilih sastera, pilihan juga banyak. Selepas SPM kembangkan lagi apa yang kita peroleh 5 tahun di sekolah, bukan hanya 2 tahun lepas tu masuk matrik 1 tahun lepas tu masuk ipt 3 tahun lepas tu grad dalam usia muda. Dip or deg muda belum tentu akan berjayakan seseorang.

0 comments:

Post a Comment